Di kebanyakan negara, kita boleh bergantung pada kad bank untuk hampir semua perkara. Rusia berbeza. Jika anda atau ibu bapa anda merancang Trans-Siberian, urusan duit perlu disiapkan dari Malaysia lagi.
Jawapan ringkas: sejak 2022, Visa dan Mastercard menggantung operasi di Rusia. Kad bank Malaysia juga tidak boleh digunakan di sana.
Apa maksudnya untuk anda
Semua urusan berikut tidak boleh dibuat di Rusia dengan kad Visa atau Mastercard, termasuk kad yang dikeluarkan bank Malaysia:
- Membayar di kedai, restoran atau hotel
- Membuat pindahan wang
- Mengeluarkan tunai di mesin ATM
Ini bukan masalah yang boleh diselesaikan setelah tiba. Rancang siap-siap sebelum berlepas.
Jadi, apa pilihan anda?
Kami sedang mengesahkan maklumat terkini untuk setiap pilihan di bawah sebelum mengemas kini artikel ini:
- Tunai — [SEMAK: mata wang terbaik untuk ditukar dan had bawa tunai]
- Tukar ke ruble — [SEMAK: tempat tukar di Malaysia vs di Rusia]
- Kad alternatif — [SEMAK: rangkaian kad yang masih diterima]
Bagaimana dengan Mongolia dan China?
Laluan Mongolia dan China tidak terlibat dengan sekatan ini. Urusan kad di sana berbeza daripada di Rusia.
Jika anda pergi bersama trip berkumpulan
Untuk Ekspedisi Musim Sejuk Jan 2027, kereta, hotel, igloo, flight Moscow–Murmansk, aktiviti dan tour leader sudah termasuk dalam harga RM 17,900 seorang (ground cost). Walaupun begitu, anda tetap perlu merancang duit untuk perbelanjaan peribadi.
Gunakan kalkulator dalam panduan Bajet untuk mengira anggaran kos anda sendiri dalam Ringgit.